HARAP MAAF !

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam satu dunia.
ANNYEONG HASEYO?!

Saya ingin memohon maaf atas ketidak update-tan blog saya !
Sejak kebelakangan ini, saya teramat sibuk dengan kerja rumah yang bertimbun-timbun (tapi smpat jugak online, pfft) !
Saya menonlinekan diri pun kerana ingin mencari berita terkini tentang YONG JUN HYUNG serta BEAST! keke.

Saya sekarang ini sedang berada dalam keadaan yang amat genting disebabkan oleh peperiksaan semakin hampir.
Ialah, masa saya pun cukupcukup makan je. Pagi sekolah, kelas tambahan balik dalam pukul 2.25 petang, sampai rumah pukul 3.00 petang, kadangkala 3.30 disebabkan oleh aktiviti kokurikulum. Selepas itu, pada sebelah petangnya pula saya perlu menghadiri Tuisyen. Waktu permulaan tuisyen pun tak tepat, kadangkala 4.00 kadangkala 4.30. Itu yang saya cakap, masa cukupcukup makan jer, nak buat kerja lain pun sukar.

Huh, dugaan hidup!
Sudahlah. Cukuplah saya hilangkan sedikit rasa STRESS pada post kali ini.
Memandangkan esok saya akan pergi ke kursus pelancongan, saya tidak akan hadir ke sekolah..
Syukur Alhamdullillah!
Ringan lah sikit beban yang bertimbun-timbun tu.

Sudah masanya untuk saya memasuki ke alam K-POP saya, dan memulakan tajuk baru.
Asslamualaikum...
Annyeong!

Comments

Popular Posts