ke SINGAPURA!

Hello readers!

Apa khabar? Cuti ni korg pegi mane? hmm mestilah balek kampung kan, kata raya..

Anyway, semalam Zica pergi singapore, hantarkan daun yg buat ketupat tu dekat auntie Zica, kebetulan ayah Zica kena undi president dekat sana, maklumlah, ayah Zica kan Singaporean..


Bila smpai sana, apa lagi.. Time for snap some pictures.. Zica amik gamba ni dekat depan rumah auntie zica.. Siapa yang tak pernah pergi singapura, boleh sneak peak sikit gambar keadaan kat sana ya.. Nanti kalau zica pergi sana lagi, zica amik gamba bebanyak eh... ^_^





Lepas tu, zica baca lah newspape kat sana, selak punya selak, sekali terjumpa gamba 2AM.. Zica pun apa lagi, snap lah gamba, but teragak kaburlah.. nak amik lagi sekali tapi malas lah.. = ='




Then, ayah zica ajak pergi shopping mall berdekatan rumah auntie zica iaitu dipanggil, CLEMENTI MALL..

Jalan kaki jer pergi sana, tak rasa penat langsung pun tau.. ramai orang yang jalan kaki.. syok gila tengok orang ramai-ramai.. best! dah macam dekat korea dah.. Then, bila zica masuk jer shopping mall tu, terpegun + tergugat iman zica.. Gila, banyak barang-barang yang cantik.. Cantik-cantik belaka! Baju, kasut, beg? macam-macam ada dekat sana.. Then, zica ada jumpa satu kedai ni, nama kedai tu 'THE FACE SHOP'

terpampang muka KIM HYUN JOONG dekat depan kedai tu! hahahaha, ingat kan nak amik gamba zica dekat depan kedai tu, but nanti orang cakap zica jakun pulak = ='.. so pedulikan jerlah.. Gamba dekat bawah ni, sebijik dengan gamba yang ada dekat kedai tu.. Alaa, tak dapat amik kat sana, amik dalam internet jer lah... Lagi clear, tak ada kabur-kabur.. Betol tak?



Baju-baju kat sana semua cantik-cantik.. Ada satu kedai tu, dia jual baju-baju yang fesyen dari korea.. Amat mengagumkan.. Cantik-cantik belaka.. Ada sale lagi.. Buy 1 free 1 pulak tu.. Murah pulak tu, $30 jer.. Ala, mgkin pada korang mahal kot, but come on, Buy 1 free 1 lahh, if you buy 1 you can get another one for free..

And then beg-beg macam beg sekolah ada, cantik-cantik! Kasut kat sana pun cantik-cantik.. Err, rugi gila zica tak bawak duit singapore.. Alah, lagipun, duit singapore zica tinggal $100 lebih jer, yang lain tu, mama zica dah tukar duit Malaysia sebab nak buat untuk persediaan raya, beli baju zica,kasut zica, macam-macamlah.. Actually, zica bawak, but zica letak kat rumah auntie zica, sebab parent zica kata 'tak payah lah bawak beg, membebankan jer' zica puntak bawak beg lah, pergi sana sehelai sepinggang jer..


Then, naik pulak ke tingkat dua, bukan main seronok lagi.. Jalan jalan jalan jalan, nampak satu kedai ni, zica ingat kan kedai barang terbuang or terpakai sebab zica nampak ada botol air lah, kasut lah, cawan/mug lah, poster entah pape lah, sticker lah, cover i phone/ipad lah, macam-macam ada.. itu masa pandangan pertama, pandangan sekali gus.. bila pandangan kedua pulak, hah amek kau, zica terjah terus kedai tu.. sebab apa? sebab tu kedai 'KPOP MERCHANDISE'! OHMAIGOT! kalau boleh nak pengsan dekat situ.. err, kalo pengsan nanti orang cakap jakun pulak = ='!


Mama and ayah zica boleh ikut masok dalam kedai tu.. eh, kejap-kejap, lupa nak bagitau nama kedai tu.. nama kedai tu Comic Connection. Errr,, cawan banyak gila, paling banyak cawan SNSD dengan BEAST!

Oh godddd!!!!! grrrrrrrr!! ahhhhhhhhh! and then ade handphone strap, handphone cover, sticker, batch, bags, wallet/purse, pencil box, lightstick, file, notebook, calender, poster, rantai, gelang, cincin, name tag,eeee macam-macam lagi lah.. Gamba-gamba dekat bawah ni lebih kurang sama jelah dengan barang-barang dekat sana..

p/s: barang-barang tu originaly from korea.















Ayah zica ada tarik beg suju tau, dia cakap ' APE NI? SUPER JUNIOR?'

pfffttt..... mama zica cakap pulak, 'BELI AH'

err,, malangnya, zica just pilih notebook and batches.. nak beli phone strap, but tak tau nak pakai macam mana = ='! zica tak beli banyak sebab guna duit mama zica... err, sedih :'(

masa nak bayar tu, cashier tu boleh tanya zica pakai speaking pulak.. nasib baik zica pandailah sikit-sikit..

dia tanya, 'YOU LIKE INFINITE?' zica pun jawab, 'YES'

dia tanya, 'I LIKE L, WHO DO YOU LIKE?' zica jawab 'I LIKE HOYA, HE'S KINDA CUTE ^_^'

then dia pun jawab 'OH, HOYA.. I LIKE DONG WOO AND L, I DON'T KNOW WHY MANY PEOPLE DOESN'T LIKE DONGWOO, HE'S KINDA CUTE WHAT'

zica pun jwab 'YEAH, HE'S ALSO GOOD AT RAPPING, MAYBE SOMEDAY, PEOPLE WILL LIKE HIM'..

yang mak zica dekat sebelah boleh ckap kat zica 'EH, DIA PUN MINAT KPOP JUGAK?'

zica jwab' dah tentu ni kedai kpop merchandise, mestilah minat..'

lepas tu ape lagi, belah ar dari kedai tu..

tapi kalau boleh nak stay kat kedai tu forever.. pffttt = ='

zica ckap ah dengan mama zica, rugi giler tak bawak duit.. kalau tau kat sini ada jual, da lama beli banyak2.. then, mama zica cakap, ala, takpe, lain kali pergi lah, kan ari selasa kita pergi singapore lagi, ada masa pergi lagi..

zica pun cakap, ok janji eh? mama ckap, yelah...

pastu zica pun pergi beli KFC.. untuk juadah berbuka...

pastu balik,, sediakan makanan, pastu buka puasa...


banyak gila makan semalam sebab, beli KFC, and then auntie zica order pizza lagi, husband dia pulak belikan tosai and capati... err, sorry kalau tak eja betol.. kira makan gaya western + indian food lah.. kekeke XD


then, rehat-rehat jap pastu balek.. eeeii, ntah macam mana zica boleh careless, headphone kesayangan zica yang baru beli tu tertinggal kat rumah auntie zica.. naseb baik ari selasa nanti balik sana lagi.. tak dapat lah zica mendengar lagu menggunakan headphone lagi.. tak pe earphone ada, tapi sebelah tak dengar, pffftttt = ='


lepas balik, sampai rumah, apa lagi, snap ah gamba kpop merchandise yang zica beli... malam tadi sempat online lagi walaupun balik pukul 12.00 malam... hah, sebelum tu, pergi rumah akim, sebab nak hantar baju akim.. auntie zica kasi baju lama anak dia dekat akim, ala lagipun baju tu tak terpakai pun, tu yang dia bagi.. cantik2 pulak tu... untung akim tak yah beli baju raya.. save duit paksu zica... kekeke.. masa kat rumah paksu pukul 11.00 lebih gitu arr, dia boleh tak tidur lagi... masih aktif pulak tu.. pastu baru balik rumah..

apa lagi, snap gamba kpop marchndise tulah..

sebenarnya, nak post semalam, tapi ceritanya panjang lebar sooo, zica post lah harini...

gamba kat bawah ni kpop merchandise yang zica beli and disnap pada malam tadi..






panjang kan post zica... huh, bukannya apa, excited sangat dapat beli kpop marchandise... pffttt, sory lah kalau buat readers penat membaca post nia yang berjela-jela panjangnya...

ok zica out dulu, ni baru bangun tido ni.. nak mandi... bye bye... annyeong~


Di Taip Oleh,


Comments

Popular Posts